Sunday, November 8, 2009

~sEkEpiNg NotA KeCiL....~

emm... dah lama tak menukilkan sesuatu yang berilmiah kan... semalam, waktu tengah mencari nota untuk paper pagi ni. saya terjumpa sekeping nota yang tiba-tiba menyentuh hati dan nurani ini. apa kata kita baca nota tersebut dan renungkanbersama seterusnya kita amalkannya....
Buat Renungan Diriku dan Sahabat-sahabat Seperjuangan….

Wasiat Nabi Muhammad S.A.W kepada Sayyiduna Ali K.W.J
Wahai Ali, bagi orang alim itu ada tiga tanda:

Jujur dalam berkata-kata
Menjauhi segala yang haram
Merendahkan diri

Wahai Ali, bagi orang yang jujur itu ada tiga tanda:

Merahsiakan ibadahnya
Merahsiakan sedekahnya
Merahsiakan ujian yang menimpanya

Wahai Ali, bagi orang yang bertakwa itu ada tiga tanda:

Takut berlaku dusta dan keji
Menjauhi kejahatan
Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman

Wahai Ali, bagi ahli ibadah itu ada tiga tanda:

Mengawasi dirinya
Menghisab dirinya
Memperbanyakkan hadiah kepada Allah S.W.T
Begitu mendalam wasiat Baginda kepada Ali... saya pun hampir terlupa dengan kewujudan sekeping nota kecil ini...
Hidup ini akan lebih bermakna jika sekiranya kita sentiasa berada dan mengikuti landasan yang betul.... tapi... sejauh mana manusia ini sanggup untuk mengikutinya? sedangkan manusia ini lebih suka mendahulukan nafsu berbanding IMAN dan akal...

0 comments: