Sunday, October 19, 2008

Apa nak jadi nie......

Hari ni hari yang half-half bagi saya. Happy daa, sad pun ada. Happy sebab Saya dah berbaik dengan member saya tue. Gembira sangat. Berbunga hati ni tau.

Yang sedihnya....Nak tau tak, Hari ni hari yang rasanya teramat teruk sepanjang duk kat kampus ni. Saya terasa bersalah sangat dengan lecturer. Rasa bersalah dengan Puan Amni tak hilang lagi dah tambah rasa bersalah dengan Cik Umairah lak.

Tapi, apa pun memang salah kami tak prepare presentation tu. Cik dah bagi work ni sebelum cuti raya lagi. kalau ikut bajet, esok kami present. So, sempat lagi nak prepare pagi esok. Tapi disebabkan group sebelum kami ada test malam ni, kami kena la present juga malam ni. Sakit sungguh petang tadi. Boleh-boleh waktu test, datang lak sakit.... punya la hampeh... lepas tu balik umah, tak sempat nak makan. Dah kena siap nak g class PTM. Masuk class dalam keadaan sakit pale sebab lapar sangat.

Walaupun pada hakikatnya, kami rasa tak puas hati, tapi yang salah tetap di belah pihak kami.
Seperti yang Puan Amni kata " Kalo saya masih student, saya akan siapkan terus dan bila2 dipanggil saya akan sedia " . Mungkin inilah pengajaran yang terbesar saya dapat dalam semester ni. Kalaulah, Sekiranya lah, saya masih ditakdirkan menjejakkan kaki di bumi UDM ni semester depan. Saya akan perbaiki segalanya.

Sekarang dah berada dalam minggu terakhir kuliah, minggu depan dah masuk minggu study week!!!! Apa nak jadi nie AQIDAH!!!! tak prepare apa-apa lagi nie. Markah midterm semuanyer hampeh...sedih sangat-sangat. Tapi tak de lagi usaha nak perbaiki. ehmm....apa nak jadi...
macam nak pindah u jer rasanyer. Tengok la cuti nanti. Kalau dapat urus, Alhamdulillah. Yang penting skang, Fokus untuk exam....

Senyap lak tiba-tiba kat DKU ni... nampaknya saya patut balik skang. bateri dah low....
Untuk semua....

" Jadikan kesilapan hari ini sebagai pengajaran untuk menempuh hari esok... pastikan hari ini lebih baik dari hari semalam....esok lebih baik dari hari ini... inilah ciri-ciri insan cemerlang... InsyaALLAH"

Mimpi Ngeri.....

Pukul 4.03 pagi….

Saya terbangun dari mimpi yang ngeri. Sungguh tak sangka saya akan bermimpi seperti ini di saat saya menghadapi krisis dengan sahabat yang amat saya sayangi. Dalam mimpi tu, saya dan sahabat saya telah diculik… wah, ada lak adegan culik menculik ni gak ek dalam mimpi….s Tiba-tiba penculik tu nak tikam sabahat saya, saya tak sanggup nak tengok, saya menangis dan menjerit. Apabila saya nampak penculik tu nak tikam sahabat saya, saya menjerit dan tutup mata. Hati mana yang sanggup nak tengok kehilangan orang yang disayangi depan mata sendiri. Waktu tu baru saya tersedar dari mimpi ngeri tu. Waktu tu juga saya rasa pipi saya basah. Rupa-rupa saya betul-betul menangis… saya mengucap dan beristighfar beberapa kali…

Saat itu juga saya teringatkan sahabat saya yang sorang tu. Saya terus mesej dia, saya sedar saya dah buat hati dia terguris dengan mesej saya dua malam lepas. Saya terasa amat sedih sangat. Saya tak nak kehilangan sahabat yang amat saya sayangi ini. Berkawan dengan dia mengajar saya erti ikatan persaudaraan. Masih saya ingat lagi mesej dia " Mengenali seseorang itu kadangkala membuatkan kita ketawa, Mengenali seseorang itu juga kadangkala membuat kita mengalirkan airmata… Sesungguhnya, mengenali seseorang itu mampu memberi sejuta rasa… marah, sedih, gembira, sayang dan rindu… Tapi, sedarkah kita? Mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu ANUGERAH… Hadirnya seketika dan TEMAN SEMENTARA… Bersyukurlah dengan kehadirannya kerana barangkali, melaluinyalah kita mengerti apa itu erti IKATAN PERSAUDARAAN…"

Saya pernah kehilangan insan tersayang dalam hidup ni. Trauma seketika waktu tu. Saya kehilangan insan yang banyak menemani saya kala saya berduka, walaupun dialah juga teman bergaduh saya. Saya kehilangan insan yang amat memahami saya. Insan yang telah menjaga dan membesarkan saya. Walaupun kami berjauhan, tapi jarak bukan batasan kami. Saat ini saya amat merinduinya, kalaulah dia masih ada disisi saya ketika ini, pasti saya akan menangis dalam pelukannya. Dah hampir 7 tahun dia pergi meninggalkan saya dan family saya. Dialah insan yang amat saya sayangi MAMA TUA…Al-Fatihah….Semoga arwah dicucuri rahmat…

Saya juga pernah kehilangan seorang sahabat pada tahun 2001. Perasaan bersalah masih terpahat di hati ini. Sungguh saya tidak menyangka, panggilan telefon pada waktu maghrib yang saya buat dun no itu adalah panggilan yang terakhir dari dia. Seminggu selepas panggilan tersebut, saya mendapat berita pemergiannya, akibat jangkitan kuman pada luka yang dialaminya. Sungguh rasa bersalah bila teringat kembali peristiwa ini. Maafkan saya Zulkhairy…walaupun kehadiran awak tak pernah saya hargai sebaiknya, tapi awaklah sahabat saya yang amat menjaga hati dan perasaan saya. Walaupun saya menolak awak tapi awak masih sanggup mempertahankan saya sewaktu semua orang duk mengata dan mengutuk saya. You are my bestfriend everlasting….

Dan saat ini, saya tak sanggup untuk menghadapi keadaan yang mana saya akan kehilangan seorang sahabat lagi. Untuk sahabat saya itu, saya memohon keampunan di atas salah dan silap saya terhadap awak. Saya tak nak kehilangan awak. You are the beluved bestfriend for me. Sungguh amat ganjil rasanya klu awak tak mesej saya. Apa pun, untuk awak dan semua sahabat saya di UDM ini khasnya dan amnya untuk semua yang mengenali saya, saya doakan kita semua berjaya dunia dan akhirat….
5 pagi…..

Wednesday, October 15, 2008

Tip-tips Menghadapi Peperiksaan....

Exam tak lama lagi. Tinggal seminggu sahaja lagi sebelum kita berada di minggu 'study week'. Sungguh tak sangka nak habis dah sessi kuliah semester ini. Untuk saya khususnya dan sabahat-sahabat sekalian secara amnya, kita renungkan tip-tips menghadapi peperiksaan ini....


PERSEDIAAN FIZIKAL

KESIHATAN

Sebagai pelajar anda memerlukan kesihatan yang baik bermula dari ketika membuat persedian mengulangkaji hinggalah ke dewan peperiksaan. Keadaan kesihatan yang buruk akan mengganggu persediaan diri untuk peperiksaan. Sekiranya masih banyak yang anda perlu ulangkaji, maka pastinya anda rasa bimbang. Gangguan kesihatan pasti tidak mengizinkan anda mengulangkaji dan ini akan membawa kepada tekanan emosi. Pastikan anda menjaga perkara yang berikut:

Tidur yang cukup.

Tidur yang cukup ialah diantara 6 - 7 jam sehari. Kurang tidur menyebabkan anda rasa mengantuk, letih dan boleh jatuh sakit. Tidur yang berlebihan juga tidak baik untuk kesihatan. Jadi pastikan anda latih diri anda dengan masa tidur yang optimum ini dari sekarang.

Jaga pemakanan.

Allah s.w.t telah berfirman yang mafhumnya "Makanlah dari makanan yang baik yang telah Kami berikan" (Al-Baqarah : 57). Yang dimaksudkan
sebagai yang baik disini ialah baik dari segi sumbernya (halal), kualitinya (zat), rasanya (enak dan lazat) dan bersih (tidak membawa penyakit dan kemudaratan). Kepada ibu bapa pastikan anak-anak anda diberi makan makanan dari sumber yang halal. Makanan yang haram akan menghitamkan dan menggelapkan hati mereka.

Riadah.

Jangan beriadah sehingga meletihkan badan. Ramai pelajar yang bermain hingga penat dan akibatnya anda akan rasa mengantuk untuk mengulangkaji
pelajaran. Anda hanya perlu beriadah selama 20 minit dan sebanyak tiga kali seminggu. Lakukanlah senaman ringan yang mengeluarkan sedikit peluh. Disaat-saat akhir sebegini, lupakanlah soal bolasepak, takraw, badminton dan sebagainya. Anda boleh tangguhkan semua aktiviti yanganda minati ini setelah tamat peperiksaan penting nanti.



KESELAMATAN

Anda perlu menjaga keselamatan diri anda sebaiknya. Jauhkan diri anda dari aktiviti lasak yang boleh membawa kepada kecelakaan. Elakkan diri dari sebarang kecederaan. Anda past tidak mahu mengambil peperiksaan sewaktu berad dalam wad di hospital. Memanglah kecelakaan tidak pernah diundang, tetapi kalau anda tidak berhati-hati anda sebenarnya mendedahkan diri kepada pelbagai kemungkinan. Dalam musimmenjelangnya peperiksaan, lebihkan masa anda untuk berada dirumah.



PERSEDIAAN MENTAL

Pelbagai Gambaran Negatif

Kerapkali masalah yang dihadapi oleh pelajar apabila hampir dengan peperiksaan ialah takutkan kegagalan. Walau pun anda telah berusaha bersungguh-sungguh namun perasaan takutkan kegagalan ini sering mengganggu fikiran. Antara keadaan yang menekan diri pelajar ialah:

Menyerah kalah sebelum berjuang

Ini disebabkan kerana mereka rasakan yang mereka tidak punya harapan lagi. Mereka rasakan buat apa belajar kalau dah tahu hasilnya nanti ialah kegagalan. Mereka percaya yang mereka akan gagal dalam peperiksaan berdasarkan kepada keputusan peperiksaan atau ujian-ujian sebelum ini. Mereka cuba membaca teta dengan keyakinan bahawa tidak mungkin mereka mampu memahami dan mengingati setiap fakta yang dibaca.

Merasa belum bersedia

Keadaan yang kedua pula berlaku kepada mereka yang sememangnya belajar. Mereka rasakan yang diri belum cukup bersedia. Mereka sentiasa fikirkan apa akan berlaku kalau segala usaha ini sia-sia? Apa akan terjadi kalau apa yang dibaca kelak lupa? Betapa malunya nanti kalau kawan-kawan yang kurang berusaha mendapat keputusan yang jauh lebih baik? Semua ini bermain difikiran.

Harapan ibu bapa yang terlalu tinggi

Tidak ada ibu bapa yang tidak mengharapkan kejayaan anak-anak. Ada ketikanya pula ibu bapa berulangkali menyatakan harapan mereka kepada anak-anak tanpa memikirkan kemampuan sebenar diri anak. Harapan yang terlalu tinggi ini ada ketikanya menjadi beban kepada anak-anak hinggakan mengganggu fikiran mereka. Kepada ibu bapa, saya sarankan agar dorong anak-anak berusaha gigih dan melakukan yang terbaik mengikut kemampuan masing-masing. Nyatakan dengan jelas bahawa apa yang anda mahukan ialah anak-anak melakukan yang terbaik dan sungguh-sungguh. Anda redha walau apa sekalipun keputusannya kelak. Ini akan mengurangkan tekanan atas diri anak-anak.


Berfikiran Positif

Bagi mengatasi segala tekanan mental seperti di atas anda perlulah berfikiran positif. Fokuskan mental anda kepada apa yang perlu anda lakukan dan apa pula hasil yang anda harapkan. Tidak perlu anda bimbang apa keputusan yang bakal diperolehi tetapi anda perlu bimbang kalau-kalau anda tidak menggunakan sisa-sisa masa yang masih ada untuk berusaha sepenuhnya.

Sekiranya anda memikirkan kegagalan maka anda hanya tergambar pelbagai rintangan dan halangan. Ini akan melemahkan semangat anda. Ia juga membuatkan anda meragu kebolehan diri anda.

Dalam berusaha anda mesti berpegang kepada kata-kata seperti:

"Sedikit pencapaian itu lebih baik dari tiada pencapaian langsung".

"Something is better than nothing"

Lakukan "Latihan Minda" setiap hari.

"If you can't see it, you can't have it".

Kata-kata di atas menunjukkan bahawa untuk mencapai sesuatu kejayaan itu maka gambaran kejayaan mestilah terlebih dahulu wujud dalam pemikiran. Sebelum anda mampu mendapat 8A dalam PMR, maka 8A itu mesti terlebih dahulu ada dalam pemikiran. Ia ibarat menghasilkan sebuah lukisan, anda tidak akan melakar sesuatu yang anda tidak gambarkan. Lakaran anda berasaskan kepada apa yang anda nampak dalam mata minda. Begitulah juga dengan kehidupan ini. Anda tidak akan menhasilkan sesuatu yang anda tidak gambarkan. Oleh itu, gambarkanlah kejayaan dan anda pasti akan terdorong untuk merealisasikan apa yang digambarkan itu. Makin jelas gambaran yang ada, makin tinggilah kesungguhan anda untuk
merealisasikannya.

Untuk membantu anda menggambar dengan baik, anda perlu membuat latihan minda seperti dibawah.

1.Duduk dikerusi anda dengan selesa. Tangan diletakkan diatas peha. Badan tidak bersandar. Tenangkan fikiran dan kendurkan setiap otot, sendi, uratsaraf dan pejamkan mata anda.

2.Tarik nafas beberapa kali dalam-dalam. Tarik melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Ketika nafas ditarik, gambarkan yang anda menyedut keyakinan diri. Ketika nafas dibuang, gambarkan yang anda membuang segala ketakutan dan kebimbangan.

3.Saya percaya anda pernah capai kejayaan sebelum ini, sama ada kecil atau besar. Saya mahu anda kembali kepada peristiwa kejayaan itu. Kejayaan itu mungkin berkaitan dengan pelajaran, sukan, debat dan sebagainya. Pilih satu yang paling bermakna kepada anda. Dimana iaberlaku? Apa yang berlaku? Apa yang anda dapat lihat? Suara apa yang anda dengar? Kalau ada tepukat, dengar tepukan gemuruh ketika itu. Kalau ada puji-pujian dengarkan duara siapa yang memuji itu. Gambarkannya secara jelas mengikut kemampuan anda. Dengar suara yang ada dengan jelas. Rasakan apa perasaan anda ketika itu. Rasakan keseronokan anda pernah dipuji. Rasakan kebanggaan anda sebagai orang yang berjaya ketika itu. Hadirkan perasaan itu kembali.

4.Apabila perasaan yakin dan bangga mula memuncak, cubit sedikit kedua-dua peha anda dengan tangan. Biar terasa sedikit sakit. Buka mata anda, dan pejam kembali. Ulang langkah 2 - 4 beberapa kali.

5.Kini pejamkan mata, gambarkan anda melangkah masuk ke dewan peperiksaan. Gambarkan anda duduk dikerusi dan diatas meja tersedia kertas soalan. Rasakan ketenangan dalam dewan. Gambarkan kini anda membelek-belek kertas soalan dan anda dapati semua apa yang anda baca keluar. Rasakan kegembiraan itu. Gambarkan bagaimana anda menjawab setiap soalan satu persatu dengan penuh keyakinan. Ide keluar mencurah-curah. Gambarkan anda mendapat pointer yang tinggi. Ketika ini sekali lagi cubit kedua-dua peha anda seperti yang telah anda lakukan dalam langkah 4 tadi.

6.Buka mata anda, ulangi langkah 5 beberapa kali.

7.Buatkan latihan minda ini 10 - 15 minit setiap hari. Sekiranya anda lakukan latihan ini sungguh-sungguh setiap hari, anda dapat mengawal perasaan takut anda ketika berada didewan peperiksaan dengan menarik nafas dan mencubit kedua-dua peha.

Kejayaan latihan minda di atas banyak bergantung kepada kesungguhan anda melatih diri, kekerapan latihan dan tumpuan anda.


PERSEDIAAN EMOSI

Dalam saat-saat menghadapi peperiksaan, anda perlu mengelak diri dari sebarang bentuk gangguan emosi. Perkara-perkara yang berikut perlu dielakkan:

Pertengkaran dengan rakan-rakan;

Melakukan perkara yang membuatkan ibu bapa marah;

Cinta monyet yang mungkin kecundang disaat-saat
peperiksaan;

Bersikap terlalu yakin - "overconfident";

Berprasangka buruk terhadap orang lain;

Ramai pelajar bertindakbalas secara spontan terhadap sesuatu yang berlaku terhadap mereka. Tindakbalas spontan ini menjadi tabiat semulajadi mereka. Apa perasaan anda kalau raka membohongi anda? Anda mungkin serta-merta menjadi marah. Apa berlaku kalau rakan memulau dan mengejek anda? Anda mungkin rasa tersinggung dan kecil hati. Kalaulah begini tindakbalas spontan anda, apa akan berlaku dengan persediaan peperiksaan anda? Anda pasti tidak mampu memberikan tumpuan untuk mengulangkaji. Ada ketikanya luka dihati berkekalan berhari-hari.

Kenapa tidak selepas ini kawal emosi anda. Jangan izinkan sesiapa melukai hati anda. Mereka boleh berkata apa sahaja, mereka boleh berbohong dan sebagainya. Mereka ada suara, biarkanlah mereka. Anda cuma pekakkan telinga. Banyakkan bersikap sabar. Teruskan sahaja kerja anda. Kekalkan matlamat peperiksaan anda. Apabila anda berjaya satu hari nanti, rakan-rakan akan mula menghormati anda.

Sebenarnya peristiwa tidak mencetuskan sebarang emosi. Tanggapan atau paradigma andalah yang mencetuskan emosi. Kita boleh melihat setiap perkara yang berlaku terhadap diri kita dari dua perspektif, iaitu positif atau negatif. Mulai hari ini ambillah dari sudut yang positif. Ingatlah setiap apa yang berlaku adalah ujian Allah dan ada hikmah sekiranya anda bersabar. Dengan cara ini anda mampu membenteng emosi anda.



PERSEDIAAN ROHANI

Selain dari persediaan fizikal, mental dan emosi, persediaan rohani juga perlu. Anda perlu faham kedudukan kita sebagai hamba hanyalah mampu melakukan usaha sebaik mungkin tetapi hasil sebenarnya Allah lah yang menentukannya. Ketenangan jiwa dan fikiran sangat perlu disaat-saat menghadapi peperiksaan, oleh itu lakukanlah sesuatu untuk meraih ketenangan ini.

Antara perkara yang boleh anda lakukan ialah:

1.Sentiasa bermunajat kepada Allah. Lakukan solat hajat dan pohon agar Allah campakkan ketenangan dan terangkan hati dalam menghadapi peperiksaan. Minta pada Allah agar apa yang dipelajari keluar dalam peperiksaan.

2.Minta restu kedua ibu bapa. Doa ibu bapa untuk anakny sangat makbul. Jadi mintalah restu dari keduanya. Mintalah mereka mendoakan kejayaan anda.

3.Banyakkan berzikir dan membaca al-Quran. Hati yang banyak berzikir akan memperolehi ketenangan. Hati juga lebih terang apabila anda sering membaca al-quran. Alla telah berfirman dalam surah ar-Ra'ad, ayat 36, yang
mafhumnya "Sesungguhnya dengan mengingat Allah akan menjadi tenanglah semua hati".

4.Jauhi maksiat. Jauhi diri anda dari perbuatan maksiat dan dosa besar. Mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga tidak diberkati Allah.

5.Banyakkan berdoa. Pastikan anda berdoa mengikut adab-adab berdoa.


Semoga menjadi panduan kepada kita semua....
"Renung-renungkan dan Selamat beramal...."

Monday, October 13, 2008

Erti BLACKOUT????

Blackout??? mesti orang terfikir blackout elektrik kan. Tapi blackout yang saya maksudkan ialah keadaan 'blur' waktu menjawab soklan peperiksaan. kekadang tension sangat bila perkara ni terjadi. Blockout terdekat yang saya alami adalah petang tadi, sewaktu test tahriri tafsir. sungguh pedih hati ini. Pedih yang teramat sangat. Soalan senang, baca sudah, hafal pun sudah.. kira orang kata tak full mark pun xper, sekurang-kurangnya 10 markah dalam tangan. Tapi blackout punya pasal, hilang 10 markah free-free... sedih yang tak terkata...hmmm...

Thursday, October 9, 2008

Salam Syawal.....



Alhamdulillah.... setelah sebulan berpuasa, akhirnyer kita menyambut Syawal yang dinanti-nanti.... namun, saya berharap agar kita dapat bertemu lagi pada ramadhan akan datang....

Setelah sekian lama saya tak update blog nie.... maaf sangat-sangat khas untuk cik Amni....

Rasa macam tak puas cuti raya baru-baru ni... tapi cuti baru-baru ni banyak mengajar saya erti berdikari.... buat pertama kali saya naik flihgt sorang-sorang dan berbuka puasa sorang kat airport....

"Pengalaman tak diajar dalam kuliah mahupun kelas pengajian... betapa mahalnya erti setiap satu pengalaman yang ditempuhi"
Nak tengok gambar raya family saya tahun nie?