Sunday, October 19, 2008

Mimpi Ngeri.....

Pukul 4.03 pagi….

Saya terbangun dari mimpi yang ngeri. Sungguh tak sangka saya akan bermimpi seperti ini di saat saya menghadapi krisis dengan sahabat yang amat saya sayangi. Dalam mimpi tu, saya dan sahabat saya telah diculik… wah, ada lak adegan culik menculik ni gak ek dalam mimpi….s Tiba-tiba penculik tu nak tikam sabahat saya, saya tak sanggup nak tengok, saya menangis dan menjerit. Apabila saya nampak penculik tu nak tikam sahabat saya, saya menjerit dan tutup mata. Hati mana yang sanggup nak tengok kehilangan orang yang disayangi depan mata sendiri. Waktu tu baru saya tersedar dari mimpi ngeri tu. Waktu tu juga saya rasa pipi saya basah. Rupa-rupa saya betul-betul menangis… saya mengucap dan beristighfar beberapa kali…

Saat itu juga saya teringatkan sahabat saya yang sorang tu. Saya terus mesej dia, saya sedar saya dah buat hati dia terguris dengan mesej saya dua malam lepas. Saya terasa amat sedih sangat. Saya tak nak kehilangan sahabat yang amat saya sayangi ini. Berkawan dengan dia mengajar saya erti ikatan persaudaraan. Masih saya ingat lagi mesej dia " Mengenali seseorang itu kadangkala membuatkan kita ketawa, Mengenali seseorang itu juga kadangkala membuat kita mengalirkan airmata… Sesungguhnya, mengenali seseorang itu mampu memberi sejuta rasa… marah, sedih, gembira, sayang dan rindu… Tapi, sedarkah kita? Mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu ANUGERAH… Hadirnya seketika dan TEMAN SEMENTARA… Bersyukurlah dengan kehadirannya kerana barangkali, melaluinyalah kita mengerti apa itu erti IKATAN PERSAUDARAAN…"

Saya pernah kehilangan insan tersayang dalam hidup ni. Trauma seketika waktu tu. Saya kehilangan insan yang banyak menemani saya kala saya berduka, walaupun dialah juga teman bergaduh saya. Saya kehilangan insan yang amat memahami saya. Insan yang telah menjaga dan membesarkan saya. Walaupun kami berjauhan, tapi jarak bukan batasan kami. Saat ini saya amat merinduinya, kalaulah dia masih ada disisi saya ketika ini, pasti saya akan menangis dalam pelukannya. Dah hampir 7 tahun dia pergi meninggalkan saya dan family saya. Dialah insan yang amat saya sayangi MAMA TUA…Al-Fatihah….Semoga arwah dicucuri rahmat…

Saya juga pernah kehilangan seorang sahabat pada tahun 2001. Perasaan bersalah masih terpahat di hati ini. Sungguh saya tidak menyangka, panggilan telefon pada waktu maghrib yang saya buat dun no itu adalah panggilan yang terakhir dari dia. Seminggu selepas panggilan tersebut, saya mendapat berita pemergiannya, akibat jangkitan kuman pada luka yang dialaminya. Sungguh rasa bersalah bila teringat kembali peristiwa ini. Maafkan saya Zulkhairy…walaupun kehadiran awak tak pernah saya hargai sebaiknya, tapi awaklah sahabat saya yang amat menjaga hati dan perasaan saya. Walaupun saya menolak awak tapi awak masih sanggup mempertahankan saya sewaktu semua orang duk mengata dan mengutuk saya. You are my bestfriend everlasting….

Dan saat ini, saya tak sanggup untuk menghadapi keadaan yang mana saya akan kehilangan seorang sahabat lagi. Untuk sahabat saya itu, saya memohon keampunan di atas salah dan silap saya terhadap awak. Saya tak nak kehilangan awak. You are the beluved bestfriend for me. Sungguh amat ganjil rasanya klu awak tak mesej saya. Apa pun, untuk awak dan semua sahabat saya di UDM ini khasnya dan amnya untuk semua yang mengenali saya, saya doakan kita semua berjaya dunia dan akhirat….
5 pagi…..

1 comments:

fiquersyad said...

salam...
emm,firstly memang terkejut bila baca awak nye posting nie...yela,x sangka begitu seram mimpi awak,sampai leh nangis dalm tido tue...saya just leh cakapkan tq d atas segalanya,coz sudi kawan ngan saya yang banyak kelemahan nie...sekurang2 nya kehadiran awak untuk berkawan ngan saya banyak mengajar saya camne nak jaga aty orang,sayang orang,hargai orang n macam2 lagi...maklum la saya nie,x reti nak pujuk orang,awak pun tau kan...ape2 pun saya try la untuk ubah diri nie menjadi kepada yang lebih baik...saya harap sangat awak tegur la diri saya nie,jangan simpan segala dendan,pendam dalam diri tue...sakit nya diri kita jika tak luahkan ape yang terpendam,saya harap sangat kerjasama dari awak...jika ingin kan keindahan dan kelancaran yang berterusan dalam hubungsn kita nie, kita sama2 tegur dan betulkan segala yang silap..kita yang kena ubah sume nie,dari keruh menjadi jernih...sekian,jumpe lagi...