Monday, November 23, 2009

~takdir cinta-Rossa~

Rossa – Takdir Cinta


ku tutup mataku

dari semua pandanganku

bila melihat matamu

ku yakin ada cinta

ketulusan hati yang mengulir lembut


penguasa alam tolonglah pegangi aku

biar ku tak jatuh pada sumur dosa

yang terkutuk dan menyesatkan cintaku


reff:

andaikan ku bisa lebih adil

pada cinta kau dan dia

aku bukan nabi yang bisa sempurna

ku tak luput dari dosa


biarlah ku hidup seperti ini

takdir cinta harus begini

ada kau dan dia bukan ku yang mau

oh Tuhan tuntunlah hatiku


penguasa alam tolonglah pegangi aku

biar ku tak jatuh pada sumur dosa

yang terkutuk dan menyesatkan cintaku


repeat reff

Sunday, November 22, 2009

Tentang Aku, Engkau dan dia...

Kangen Band – Tentang Aku, Kau, dan Dia (Usai Sudah)


selayaknya engkau tahu

betapa ku mencintaimu

kau tenangkanku dari mimpi burukku


selayaknya kau mengerti

betapa engkau ku kagumi

kau telah tinggal di dalam palung hati


betapa hancur hatiku

melihat engkau bersamanya

namun ku mencoba tuk tegar menghadapinya


jangan kau menangis lagi

tak sanggup aku melihatnya

sekarang kau pilih diriku atau dirinya


reff:

kau tuliskan cerita tentang engkau dan dia

yg membuat hatiku semakin terluka

sudah usai sudah cerita engkau dan aku

ku anggap sebagai bingkisan kalbu


ku tulis cerita tentang aku dan dia

sehingga membuatmu terluka

sudah usai sudah, jangan menangis lagi

kurasa sampailah di sini


repeat reff



Lirik lagu Kangen Band – Tentang Aku, Kau, dan Dia (Usai Sudah) ini dipersembahkan oleh LirikLaguIndonesia.Net. Kunjungi DownloadLaguIndonesia.Net untuk download MP3 Kangen Band – Tentang Aku, Kau, dan Dia (Usai Sudah).

Wednesday, November 18, 2009

~TERIMA KASIH buat semua...~

Alhamdulillah... everything da habis tuk sem ni... tinggal nak tunggu balik sabah n tunggu result kuar je lagi... emm, tentang paper hari ni... malas nak care... paham2 ja la klu paper last ni..cian bah...

TERIMA KASIH....
khas buat ayahanda dan bonda yang tersayang...
abah dan umi... yang banyak mendoakan untuk anaknya yang nakal tol ni... hehehe... di ucapakan selamat ulang tahun untuk umi :) hari ini...

TERIMA KASIH juga kepada adik-adikku yang tersayang...
semoga kalian juga akan berjaya menjejakkan kaki ke menara gading...

TERIMA KASIH...
buat para pensyarah ku sepanjang semester ini...
ayahanda us. talib (bahasa arab), dr. ku zaki (kmm), ustazah azyyati (kom dak), puan ruhaizan (h.etnik n titas), bonda ustazah zuriati (psikologi dak), puan hafiah (rkn kaunselor) dan ustazah sumayyah (sist kewgn islam)n miss nabilah (b.i)...
halalkan dan redha dengan segala ilmu yang telah dicurahkan..
doakan kejayaan kami semua...

TERIMA KASIH...
buat sahabat-sahabatku sekalian... espeacially member clas dakB n tak juga dilupakan dakA...
terutamanya kepada kakak ku syg... kak shikin @ kak along...sahabat2 diskusiku... na and zie... group assignment ku sem ni... terima kasih kerana banyak membantu... untuk sahabatku Fateha... qida minta maaf untuk kejadian tempoh hari. qida pun tak sangka yang qida boleh jadi macam tu. qida tak pernah marah orang macam tu. maaf sangat2 sahabatku.. tuk sahabat2 groupku, maaf klu sepanjang kita wat keje, ade yang mengguris hati korang... faham jela qida ni cmne ek... mulut memang jahat ckit n memang serius n tegas klu bab keje ni... qida ni ade ciri2 Workaholic ckit... huhuhu... pape pun terima kasih banyak2 tuk team Hubungan Etnik... qida paling suke hasil keje kita :)

TERIMA KASIH...
buat adeq ku cyg... my rumate... cahaya kejayaan... juga wat cahaya kebaikan... and da geng...terima kasih sentiasa ada untuk menceriakan akak...

TERIMA KASIH...
untuk abang hakim ikram yang banyak bagi semangat kat adik die ni... huhuhu... thanx tuk segalanya..

TERIMA KASIH...
untuk Uchiha yang banyak bersabar ngan perangaiku ini...semoga dirimu juga akan berjaya...

TERIMA KASIH...
juga untuk adik Akito yang sudi jadi jam loceng kakaknya ni yang kuat tol tido walaupun banyak lagi yang belum habis dibaca...huhuhu... terima kasih sangat2 adikku...


buat member daniel ezairy... emm... happy holiday di membakut cuti ni...

KHAS buat Pemilik Cintaku Selepas Allah dan Rasul...
diriku sentiasa menanti dirimu...
semoga kita dipertemukan dalam suasana yang penuh barakah...


TERIMA KASIH SEMUA...
SEMOGA BERTEMU DI SEMESTER HADAPAN...
salam ePy 0LiDaY...

Thursday, November 12, 2009

~ciNtA sEjATi MiLiK ALLAH...

Kupercaya Ada Cinta - Siti Nurhaliza

Tajuk/Lirik Lagu: Kupercaya Ada Cinta
Artis/Penyanyi: Siti Nurhaliza

Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala
(*)
Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti
(Korus)
Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi
Mana lantai bumi
Tidak satu yang terjadi
Tidak mungkin tersendiri
Cuba cari jawapannya andai meragui
Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala
(Ulang *)
(Ulang Korus)
(Ulang *)
Ada hikmah yang pasti..
Sejak mula ku percaya ada cinta
Cinta itu memungkinkan segalanya
Cinta suci yang abadi


~tiada cinta yang suci dan abadi melainkan cinta kepada ALLAH.
cintakan manusia akan membuatkan manusia akan melupakan kepada Yang Hak...
rindukan manusia akan membuatkan manusia lalai untuk mengingati Yang Hak...
pasti akan muncul jua cinta yang sejati dan suci sekiranya kita mencintai dan merindui ALLAH...
hamparkanlah kasih dan sayang kita kepadaNya...
pasti Dia akan menganugerahkan kita insan yang turut mencintai dan merinduiNya...
lalu lebih mendekatkan diri kita kepadaNya....~

bOsaN2 Tenung2....

Emm… ingatkan tak nak update dah blog ni… tapi tgh bosan2 duk tenung muzakirah yang nak dihafal. Saya tertarik untuk membaca sebuah buku yang dah lama dibeli sejak awal semester lagi tapi tak pernah dibaca.huhuhu….
~~
“AQIDAH & ISU SOSIAL MASYARAKAT ISLAM” saya tertarik dengan sub topic “Memperkasa Akidah Islam” berkaitan asas-asas akidah islam diterangkan dalam enam rukun utama sebagaimana berikut:

1. Mengenal Allah beserta Nama dan Sifat-sifatNya yang Mulia, mengenal tanda-tanda kewujudanNya dan kebesaranNya di alam maya ini.

2. Mengenal alam metafizik atau ghaib yang terdiri daripada alam malaikat dan alam jin serta syaitan termasuklah juga alam roh.

3. Mengenal kitab0kitab yang diturunkan Allah sebagai sumber rujukan antara kebenaran dan kebatilan, kebaikan dan keburukan, halal dan haram dan sebagainya.

4. Mengenal para nabi dan rasul yang dipilih Allah untuk memimpin umat manusia kea rah kebenaran.

5. Mengenal hari akhirat yang terdiri dari peristiwa kebangkitan dari kubur, timbangan amal, pembalasan, syurga dan neraka serta lain-lain lagi.

6. Mengenal Qadha’ dan Qadar Allah yang merupakan penentu kepada segala perjalanan hidup di alam ini.

Kesemua enam rukun iman ini kemudiannya terungkap dalam dua kalimah syahadah yang menjadi ajaran paling utama dalam Islam.

~Akidah & Isu SoSial Masyarakat Islam, Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi.~
~~

Pensyarah ku merangkap ayahanda ke2 di UDM ini… mengajar subjek kepercayaan masyarakat melayu (KMM) Best sangat2 jawab paper KUKI semalam. Balik bilik je terus kejang otot2 tangan ni… hehehe… Semoga apa yang aku mengarut dan goreng semalam akan membuahkan hasil yang lumayan di hujung tahun nati. InsyaALLAH.

Tuesday, November 10, 2009

Silap pandang...

Huh, bergegar jantung ni pagi tadi. Boleh2 salah tengok jadual. Ingatkan paper KMM lusa. rupa2nya... ESOK! pergh!!! dahsyat r. boleh2 lak semalam bersuka ria. sebab ingat paper lusa. nampaknya, kena cancel r Nur Kasih hari ni... tunda ke hari khamis.kikiki..

Thanz 2 my bro... sebab dia yang cakap paper kami hari yang sama...
emm...nk g urus borang L.i lagi... klu KUKI xde gak hari ni. Pasrah je r. Hantar borang esok je lah kat dalam DABS waktu paper die. hehehe.... ni la yang beztnyer jadi anak sabah... jauh sangat nak servey tempat. boleh mnta excuse hantar borang lambat ckit. hihihi... pandai la hang Qieda.. kang kena sound baru taw... xper, wat muka bodoh je nanti (alamak! hilang r muka cumil den....hehehe)

lapar lak tetiba... nk g jalan2 cari makan r... semalam buke pose makan nasi lemak, mee basah n ayam goreng... hari ni... xpose, nak makan ape lak ek??? rasanya... menu hari ni... ABC+aiskrim...bihun tomyam...roti canai... jus carrot, my fav :)... and... t kite tgk ape yang ade ek...hehehe...

JoM... Jalan2 cari MakAn :)
daa......

Monday, November 9, 2009

~nOt FeeLinG VerY WeLL~

Alhamdulillah, paper yang ke5 da selesai. Perit sungguh rasa hari ini. Seteruk-teruk paper semalam, teruk lagi hari ni. Buat pertama kalinya, masuk dewan exam dengan persediaan yang tak cukup. Bayangkanlah... macam mana nak jawab exam klu 7 daripada 9 bab tak dibaca. huhuhu...dah lama sakit ni tak datang, tiba2 lak muncul...nak makan ubat, ubat da habis. huhuhu.. tak pelah.. mybe sebagai penghapus dosa silam kot....

"InsyaALLAH. xpelah..along tumpukan je la kat paper tu.. bia la susah2 dulu" nak mengalir air mata baca msj dari abah...nasib abah lambat reply, so, saya baca lepas jawab paper... klu tak, comfirm basah ketas soklan...

emm... before masuk dewan exam td, member msj...dia tak sihat. muntah2. saya tak sempat nak reply msj die sebab nak masuk dewan da waktu tu. tengah sakit pale jawab soalan, dan2 lagi pikirkan member. cian la kat die. dah r die duduk sorang je. tak de rumate. harap2 orang rumah die ada tolong. nak g tengok pun tak dapat. hujan lebat giler sekarang ni. harap... semoga amni cepat sembuh...

~masih ada 3 paper lagi... KMM, Komunikasi dakwah n psikologi dakwah... jangan ak yang terPSIKO dah r.... huhuhu~

daa........ salam perjuangan di medan imtihan....Doakan kejayaan kue :)

Sunday, November 8, 2009

~sEkEpiNg NotA KeCiL....~

emm... dah lama tak menukilkan sesuatu yang berilmiah kan... semalam, waktu tengah mencari nota untuk paper pagi ni. saya terjumpa sekeping nota yang tiba-tiba menyentuh hati dan nurani ini. apa kata kita baca nota tersebut dan renungkanbersama seterusnya kita amalkannya....
Buat Renungan Diriku dan Sahabat-sahabat Seperjuangan….

Wasiat Nabi Muhammad S.A.W kepada Sayyiduna Ali K.W.J
Wahai Ali, bagi orang alim itu ada tiga tanda:

Jujur dalam berkata-kata
Menjauhi segala yang haram
Merendahkan diri

Wahai Ali, bagi orang yang jujur itu ada tiga tanda:

Merahsiakan ibadahnya
Merahsiakan sedekahnya
Merahsiakan ujian yang menimpanya

Wahai Ali, bagi orang yang bertakwa itu ada tiga tanda:

Takut berlaku dusta dan keji
Menjauhi kejahatan
Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman

Wahai Ali, bagi ahli ibadah itu ada tiga tanda:

Mengawasi dirinya
Menghisab dirinya
Memperbanyakkan hadiah kepada Allah S.W.T
Begitu mendalam wasiat Baginda kepada Ali... saya pun hampir terlupa dengan kewujudan sekeping nota kecil ini...
Hidup ini akan lebih bermakna jika sekiranya kita sentiasa berada dan mengikuti landasan yang betul.... tapi... sejauh mana manusia ini sanggup untuk mengikutinya? sedangkan manusia ini lebih suka mendahulukan nafsu berbanding IMAN dan akal...

Saturday, November 7, 2009

~tIaDa iStiLaH CiNtA~

M2M - Don't Say You Love Me

I got introduced to you by a friend
You were cute and all that, baby you set the trend
Yes you did oh
The next thing I know we're down at the cinema
We're sitting there and you said you loved me
What's that about?
You're moving too fast,
I don't understand you
I'm not ready yet, baby I can't pretend
No I can't
The best I can do is tell you to talk to me
It's possible, eventual
Love will find a way
Love will find a way
CHORUS
Don't say you love me
You don't even know me
If you really want me
Then give me some time
Don't go there baby
Not before I'm ready
Don't say your heart's in a hurry
It's not like we're gonna get married
Give me, give me some time
Here's how I play, here's where you stand
Here's what to prove to get any further than where it's been
I'll make it clear, not gonna tell you twice
Take it slow, you keep pushing me
You're pushing me away
Pushing me away
CHORUS
oooo, na, na, na, na, na, na, na
na, na, na, na, na, na, na
oooo, na, na, na, na, na, na, na
na, na, na, na, na, na, na
Don't say you love me
You don't even know me baby
Baby don't say you love me, baby
If you really want me
Then give me some time
Give me some time
CHORUS (repeat until fade out)

Sunday, October 18, 2009

~Jangan Mencari Terlalu "Sempurna"~

Jika kamu memancing ikan……
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……

Begitulah juga……

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……
Kerana apabila ia mulai RETAK ….tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……

Begitulah juga……

Jika kamu sedang memiliki seseorang…. TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……
Anggaplah dia manusia biasa……
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN …. tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……


Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ……
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……
Kamu akan MENYESAL ……

Begitulah juga……

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU …. MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU ….
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ……
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA !

“Begitu hidup ini tiada yang abadi... yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti,
namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”

Saturday, October 17, 2009

Tiada Couple Dalam Islam

DIALOG ANTARA USTAZ DAN PELAJAR YANG DITANGKAP KHALWAT

Keterangan: Ikuti dialog oleh satu pasangan yang sedang berkhalwat tertangkap oleh seorang ustaz. Hayatilah intisari dialog ini, dan muhasabahlah diri kita masing-masing.

Pelajar: Kami tidak berzina!
Ustaz: Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.
Pelajar: Kami hanya berbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum adakah itu menghampiri zina?
Ustaz: Ya, perbuatan ini menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan.
Pelajar: Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
Ustaz: Hari ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu nenek moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula lupa. Siapalah kita berbanding Adam dan Hawa? Ia ada lebih 1001 cara. Ingat pesanan Rasulullah S.A.W.: “Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan.” (Riwayat Tabrani). Syaitan akan menghembus perasaan berahi, kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.
Pelajar: Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada orang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua muka pun.
Ustaz: Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti di situ sahaja, percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada penzinaan akhirnya?
Pelajar: Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itu zina juga ke?
Ustaz: Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan (berpegang-pegangan), ada zina mata (melihat kekasihnya dengan perasaan berahi). Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W.: “Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kakinya juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman.” (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada penzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada penzinaan.
Pelajar: Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!
Ustaz: Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit dalam hati hamba-hambanya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekali pun, kalau tak diberkati Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia, akhirat lebihlah lagi. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ini akan ditulis ibadat oleh malaikat Raqib dan Atiq?
Pelajar: Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni study group.
Ustaz: Study group? nampak macam lain macam saja. Manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Ke mana-mana pun berdua. Kalau ye pun carilah study group ramai-ramai sedikit. Kalau duduk berdua-dua macam ini.. betul ke bicang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!
Pelajar: Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.
Ustaz: Baik sungguh awak berdua. Takkan awak berdua tak perasan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.
Pelajar: Kami sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.
Ustaz: Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis. Ingat banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.
Pelajar: Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam islam untuk bercinta? Adakah islam membunuh terus naluri cinta?
Ustaz: Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang untuk membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Maka tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat pada nalurinya. Jangan jadi malaikat! kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri nafsu.
Pelajar: Tentu ada cinta secara Islam.
Ustaz: Cinta secara islam hanya satu iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul; cinta lepas kahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita, Islam. Apabila Islam melarang cinta antara lelaki dan wanita sebelum kahwin, ia membawa kepada sesuatu sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan. Sabda Rasulullah S.A.W.: “Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah.” (Ibni Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.
Pelajar: Kalau begitu, cinta semua menghampiri kepada penzinaan?
Ustaz: Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian aturkan pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru. Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan penzinaan? Penghujung jalan cinta adalah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda seekor nyamuk sekalipun!
Pelajar: Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat, tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.
Ustaz: Allah menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu, Allah memerintahkan supaya diri menjauhi perkara yang ditegah. Takut manusia kecundang.
Pelajar: Jadi manusia itu tak tahan diuji?
Ustaz: Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak awal penciptaan manusia, Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak tahan dengan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah Khuldi dalam syurga. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu, Allah berpesan pada Adam dan Hawa, jangan hampiri pokok Khuldi. Firman Allah S.W.T.: “Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu berdua sukai dan jangan hampiri pokok ini, (Jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim.” (Al-A’araf:ayat 19). Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah Khuldi. Tetapi Allah tahu sifat dan kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara yang ditegah, takut nanti mereka akan memakannya kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina. Ditegah zina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan penzinaan, kedua-duanya kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.
Pelajar: Tetapi cinta lepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenali hati budi pasangan sebelum membuat keputusan sebelum berkahwin.
Ustaz: Boleh percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dengan watak yang terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan pelbagai lagi. Masa bercinta adalah alam lakonan semata-mata. Masa bercinta, merajuk ada yang akan pujuk. Jangan haraplah lepas kahwin bila merajuk ada yang memujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, sabar tunggu pasangan terlambat berjam-jam. Tapi bila dah kahwin lewat 5 minit dah kene tengking. Jadi, perwatakan masa bercinta adalah suatu kepuraan yang hipokrit.
Pelajar: Percayalah kami bercinta demi merancang kebahagiaan hidup nanti.
Ustaz: Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang akan menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu jika jalan mencapainya tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan cinta sebegini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai, cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah memulakannya pun sudah canggung. Bagaimana kesudahannya?
Pelajar: Tanya sikit adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta.
Ustaz: Semua itu adalah perangkap syaitan. Hakikatnya sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tapi isinya sama. Adik, abang, kakak angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dalam budaya “angkat” ini sebenarnya telah masuk ke dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan.
Pelajar: Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?
Ustaz: Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia. Sebab ukuran manusia sering berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk bercinta mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran maruah atau tidak ditentukan oleh Allah.
Pelajar: Adakah orang yang bercinta hilang maruah?
Ustaz: Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka sedang menghampiri penzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina juga. Mereka tidak layak untuk berkahwin dengan orang yang beriman. Allah berfirman: “Lelaki yang berzina(lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula(lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik.Dan perkahwinan yang demikian terlarang kepada orang-orang yang beriman.” (Surah an-Nur:Ayat3). Jadi orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan.
Pelajar: Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang pernah bercinta?
Ustaz: Itulah pasangan yang layak untuk dirinya kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.
Pelajar: Kami telah berjanji untuk sehidup semati.
Ustaz: Apa yang ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.
Pelajar: Masihkah ada orang yang tidak bercinta pada zaman ini?

Ustaz: Ya, masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah S.W.T.: “Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya daripada melakukan zina) Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.” (Al-Ahzab:ayat 35).
Pelajar: Bagaimana kami?
Ustaz: Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.
Pelajar: Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkan bagaimana taubat nasuha.
Ustaz: Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi 3 syarat:

1.Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.
2.Menyesal. Menginsafi diri atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.
3.Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah setelah ijab Kabul.
Pelajar: Ya Allah. Hambamu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jagaku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapa kucurahkan kasihku kepada orang lain. Oh tuhan, hambamu yang berdosa. Amin, Ya Rabb.
Ustaz: Moga Allah terima taubatmu.
Pelajar: Kita berpisah kerana Allah, kalau ada jodoh tidak ke mana.
Ustaz: Ya Allah, bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintuMu, mencari redhaMu, terimalah taubat mereka.


Dipetik daripada Kalam Ukhwah,
Syukbah Penerbitan dan Risalah Surau Perdana,
Kolej Matrikulasi Melaka

Wanita

Wanita (Piano Version)
Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa
Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan
Lagu : Syamer (ADA Exists Sdn. Bhd.)
Lirik : Syamer (ADA Exists Sdn. Bhd.)

Friday, October 16, 2009

Pesanan As-Syahid Imam Hassan Al-Banna

Pesanan As-Syahid Imam Hassan Al-Banna
1. Apabila mendengar azan, segeralah mendirikan solat walaupun dalam keadaan apa sekalipun
2. Bacalah Al-Quran, tatapilah buku-buku, pergilah mendengar perkara-perkara yang baik, amalkanlah zikrullah dan janganlah sama sekali membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah.
3. Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul kerana bahasa Arab yang betul itu, adalah satu-satunya syiar islam.
4. Janganlah banyak bertengkar kerana pertengkaran kosong tidak mendatangkan kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6. Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang diperlukan oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring adalah resmi yang sia-sia dan boleh menyakiti hati orang.
8. Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan mengecam sesebuah; dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.
9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Ikhwan Muslimin yang ditemui walaupun dia tidak meminta saudara/i berkenalan dengannya… asas gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.
10. Kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada; oleh itu, tolonglah saudaramu agar mereka dapat menggunakan masa dengan berfaedah; dan jika anda mempunyai tugas sendiri, ringkaskanlah pelaksanaannya.

Thursday, October 15, 2009

Khas untuk insan-insan yang mencari cinta...

Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada ALLAH,
nescaya cinta ALLAH tiada penghujungnya,
Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada ALLAH,
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada ALLAH juga.
Ya ALLAH,
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Maka,
campakkanlah ke dalam hatiku,
cinta kepadanya adalah kerana-Mu,
dan campakkanlah ke dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah kerana-Mu.
Namun,
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar
pasrah dalam mengharungi ujian,
yang Kau berikan kepadaku.
~Aminah Qutb~
(Adik kepada Syed Qutb yang telah dijatuhi hukuman mati kerana ketajaman mata penanya)